Hari Sukan 2010 PDF Cetak E-mail
Baihaqi
Mohd Baihaqi Mat Akhir / Isnin, 11 Januari 2010 15:09

 

   

 

Sekarang adalah minggu sukan peringkat PPAI.Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Pusat Pendidikan Al Islah sibuk dalam mempertingkatkan kekuatan fizikal dan mental untuk bertarung pada hari Selasa 12.1.2009.

          Pelbagai gelagat dan karenah dapat dilihat hasil tingkahlaku pelajar SMAI dan SRAI dalam membuktikan rumah masing-masing adalah bakal juara.Apa pun perlu diingatkan kepada pelajar disamping kita bersukan adab dan kesopanan serta nilai-nilai tinggi kita sebagai seorang pelajar muslim haruslah dipelihara.Tutur kata tingkah laku gerak geri serta tindakan kita haruskan mencerminkan diri kita sebagai seorang pelajar yang mendokong dan membawa aspirasi insan rabbani.

         Pihak sekolah amat berharap agar sukan peringkat PPAI pada tahun ini dapat berlangsung dengan jayanya dan dibawah keberkatan dan rahmat Allah S.W.T. Pihak PPAI mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan penat lelah dari waris dan guru-guru PPAI sendiri dalam sama-sama dengan matlamat yang satu menjayakan program sukan pada tahun ini dalam satu wadah melahirkan generasi soleh wa musleh yang rabbani.

Written by :
Mohd Baihaqi Mat Akhir
 
Comments
Search
Only registered users can write comments!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

LAST_UPDATED2