|
Persatuan Seni Silat Petir adalah satu-satunya badan yang mengajar seni mempertahankan diri di Sekolah Menengah Al Islah Sg Petani Kedah.Dalam persatuan ini,para pelatih telahpun dilatih tentang pergerakan asas tumbukan 4 iaitu tumbukan pertama kedua ketiga dan keempat. Selain itu para pelatih juga telah diajar tentang seni tendangan SIlat Petir.Bukan itu sahaja,mereka juga diajar tentang seni tapak-tapak yang terdapat dalam silat ini.Contohnya tapak 18 atau 22 kemudian diajar juga bagaimana hendak melepaskan tangan yang digenggam kuat oleh pihak musuh.Maka dengan masa telah pun diberikan oleh Allah para pelatih akan diajar tentang penggunaan tapak dalam pertarungan.Tujuannya adalah supaya tidak mati langkah dan pesilat akan bebas bergerak untuk mematikan pergerakan musuh.Selain itu mereka akan dilatih tentang tempur tangan bertumbuk dan bersiku.Motifnya untuk memahirkan pesilat-pesilat tentang penggunaan tangan dalam bersilat. Bersilat baik untuk kesihatan maka mereka telah pun diajar beberapa senaman tua dan petua dalam senaman ini,pesilat akan diajar tentang cara meregangkan otot-otot kaki,belakang tengkuk,tangan dan bahu.Mereka juga diajar teknik pernafasan dengan tujuan melatih pesilat agar dapat bernafas dengan sempurna hingga ke tahap tinggi iaitu kekebalan daripada serangan musuh
|